KENALI TOMBIRUO PENUNGGU HUTAN KENINGAU

November 12, 2017
3 Views

DALAM kalangan masyarakat di semenanjung Malaysia, gambaran hantu itu terdiri daripada pelbagai jenis dan bayangan termasuklah toyol, puntianak, penanggal, langsuir dan pocong.

Namun, di Sabah mereka lebih sinonim dengan nama-nama lain termasuk balan-balan (menyerupai penanggal) dan tombiruo dari kepercayaan kaum Kadazan Dusun.

Walaupun panggilan tombiruo itu agak janggal dalam masyarakat semenanjung, namun menerusi karya novelis kelahiran Papar, Sabah ini, kita dapat mengenali entiti itu dengan lebih jelas menerusi novelnya.

Menurut Ramlee Awang Murshid, tombiruo itu sebenarnya merujuk kepada hantu namun, tidak ditetapkan bentuknya.

“Di Sabah, terlalu banyak etnik dan tombiruo ini lebih sinonim dalam masyarakat Kadazan Dusun. Malah, ianya adalah istilah yang jarang digunakan dalam masyarakat di Sabah.

“Dari situ, saya cuba memperkenalkan tombiruo menerusi, Tombiruo : Penunggu Hutan. Namun, dalam penyampaian itu, saya memperkenalkan Tombiruo bukanlah sekadar hantu semata-mata, ia lebih kepada hero.

“Senang cerita, Tombiruo adalah semangat dan roh yang tidak berbentuk tapi bersifat. Sifatnya adalah menakutkan dan muncul dalam pelbagai gambaran,” katanya.

Meskipun masyarakat sering dimomokkan dengan kisah-kisah hantu, namun novelis thriller terkenal ini mengakui bahawa dia tidak pernah terserempak atau menjumpai ‘tombiruo’ secara jelas.

“Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah jumpa hantu. Namun, ketika di kampung saya dahulu, saya pernah terlihat satu objek yang berwarna putih melayang-layang.

“Ketika itu saya ingin ke tandas yang berada di luar kawasan rumah. Objek itu saya lihat berada di kawasan rumah jiran saya.

“Pada sekitar tahun 80 an, saya pernah nampak bintang di langit. Namun, setelah saya ucap Subhanallah, bintang itu pecah,” katanya yang mengakui bapanya pernah menceritakan kisah-kisah seram yang berlaku di tempat kerjanya di penjara.

The post KENALI TOMBIRUO PENUNGGU HUTAN KENINGAU appeared first on InfoJe.Com – Laman Informasi Anda!.

Sumber : infoje.com

You may be interested

Bikin Gempar!!Perkahwinan Sejenis Pertama Berlaku Di Tawau
Lifestyle
Lifestyle

Bikin Gempar!!Perkahwinan Sejenis Pertama Berlaku Di Tawau

Redaktur - November 12, 2017

TAWAU – Gempar dan menjadi perbualan hangat bukan sahaja kepada masyarakat Cina tetapi juga kepada seluruh masyarakat di Malaysia ini…

Nasib Si Belalai, Habitatnya Diteroka, Berlari Selamatkan Diri Sambil Bertempik Kuat Kerana Dibaling Bebola Api Oleh Manusia..
D.I.Y
1 views
D.I.Y
1 views

Nasib Si Belalai, Habitatnya Diteroka, Berlari Selamatkan Diri Sambil Bertempik Kuat Kerana Dibaling Bebola Api Oleh Manusia..

Redaktur - November 12, 2017

  Gambar dua ekor gajah sedang berlari untuk melepaskan diri dari dibakar telah memenangi pertandingan fotografi hidupan liar. Gambar itu…

Sony PlayStation 4 Pro Ditawarkan Pada Harga Serendah RM1338
Lifestyle
Lifestyle

Sony PlayStation 4 Pro Ditawarkan Pada Harga Serendah RM1338

Redaktur - November 12, 2017

Sehubungan dengan 11.11, Lazada siap menjadwalkan berbagai promosi menarik bagi konsumen. Saat ini, mereka juga telah melihat konsol PlayStation 4…

Leave a Comment

Your email address will not be published.