Ingatkan Buat Apa. Tapi Kantoi Berasmara Dalam Tandas Masjid !!!

oleh

Ingatkan Buat Apa. Tapi Kantoi Berasmara Dalam Tandas Masjid !!! | Saya Luv Islam – Sepasang kekasih yang masih bersekolah menengah kantoi berasmara dalam tandas masjid. Jom baca cerita dari jemaah masjid. Allahu.

Loading...

TIBA MASJID DALAM KEADAAN CURIGA

Sepasang kekasih bawah umur yang juga pelajar sekolah menengah ditangkap kerana melakukan hubungan seks di dalam tandas sebuah masjid di Jawa Barat.

Kejadian tidak bermoral itu berlaku di Lamongan, kelmarin.

Menurut saksi, pasangan tersebut tiba di masjid yang terletak di Pambon itu dalam keadaan mencurigakan.

“HILANG” SECARA TIBA-TIBA

Bagaimanapun, kelibat mereka selepas itu tidak kelihatan dan beberapa jemaah masjid yang curiga mula melakukan pencarian.

Pasangan tersebut kemudian ditemui dalam keadaan tidak berbaju, dan ketika ditangkap mereka memberi alasan singgah di masjid itu untuk mandi.

Insiden itu turut dirakam dan ia mula tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu Ketua Polis Lamongan, Asisten Komisioner Yadwivana Jumbo Qantasson mengesahkan rakaman berdurasi lebih dua minit tersebut, namun memaklumkan sehingga semalam insiden memalukan itu tidak dilaporkan kepada pihaknya.

“Apa pun, kami mahu memanggil pelajar terbabit serta jemaah masjid yang merakam video tersebut,” katanya. – Detik.com

Sumber: Sinar Harian

MAUT SELEPAS MOTORSIKAL JATUH JAMBATAN

Seorang remaja perempuan maut selepas terjatuh dari jejambat dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.35 petang, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbabas dan terjatuh dari jejambat berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berusia 18 tahun itu bekerja di sebuah pusat membeli-belah berhampiran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah bulatan Seberang Jaya menuju ke arah Kulim dengan menggunakan jejambat berkenaan.

“Mangsa disahkan mati ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Setakat ini identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Nik Ros Azhan turut meminta kerja sama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan agar tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

The post Ingatkan Buat Apa. Tapi Kantoi Berasmara Dalam Tandas Masjid !!! appeared first on SAYALUVISLAM.

Sumber : sayaluvislam.com