Cikgu Azizan Bebas. Ni Tindakan Bakal Diambil Mak Budak Yang MENGEJUTKAN Ramai

oleh

Cikgu Azizan Bebas. Ni Tindakan Bakal Diambil Mak Budak Yang MENGEJUTKAN Ramai | Saya Luv Islam – Alhamdulillah atas sokongan ramai, Cikgu Azizan dibebaskan oleh mahkamah. Ingat sudah berakhir tetapi tidak. Mak budak bakal ambil tindakan yang mengejutkan ramai.

Loading...

BAKAL AMBIL TINDAKAN SAMAN SIVIL PULAK

Keluarga seorang murid yang ditampar guru lelaki Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai di Negeri Sembilan bercadang memfailkan saman terhadap guru tersebut kerana mencederakan anak mereka, lapor media tempatan.

Ibu murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 45, dipetik Utusan Online sebagai berkata, mereka terkilan dengan keputusan mahkamah melepaskan guru tersebut, Azizan Manap atau Cikgu Azizan, namun menimbang untuk mengemukakan saman sivil selepas ini.

Katanya, mereka mempunyai bukti kecederaan serius dialami anak bongsu daripada lima beradik tersebut termasuk gambar dan laporan perubatan, petik laporan itu.

KECEDERAAN ANAK SANGAT SERIUS

“Pipi anak saya merah (cedera) manakala telinganya berdesing akibat ditampar. Pegawai perubatan yang merawatnya juga mencadangkan supaya membuat laporan polis kerana kecederaan itu.

“Kami akan dedahkan semua bukti berhubung kecederaan itu dalam sidang akhbar yang akan diadakan esok,” katanya dalam laporan itu.

TAK TAHU ANAK ADA MASALAH DISPLIN

Mas mendakwa, pihak sekolah tidak pernah memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa anak mereka mengalami masalah disiplin selama ini.

“Kami hanya tahu anak kami dikatakan ada masalah disiplin selepas kejadian dia ditampar oleh cikgu berkenaan. Itu pun selepas kami bertanya mengapa tampar anak kami sampai begitu sekali,” katanya, dipetik laporan itu.

Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, pada Oktober lalu.

Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik.

BACA NI : Inilah Kata² Cikgu Azizan Setelah Dibebaskan Yang Buat Ramai Orang SEBAK !!!

BACA NI : Kes Cikgu Azizan : Inilah Respond Bapa Kepada Murid Dalam Kes Pendakwaan Cikgu Azizan Yg Jadi Tumpuan Ramai.

BACA NI : Seorang Guru Jumpa Pelajar Bercumbu, Ibu Bapa Tuduh Reka Cerita. Sekarang Apa Yg Jadi Pada Pelajar Itu MENYEDIHKAN !!!

UPDATE: BAPA BUDAK NAFI AKAN SAMAN SIVIL

Bapa kepada murid yang terbabit dalam kes pendakwaan Azizan Manap atau Cikgu Azizan menafikan yang keluarganya bercadang untuk menyaman guru berkenaan buat masa ini.

Lelaki berusia 50 tahun yang enggan dikenali itu mendakwa, berkemungkinan terdapat kekeliruan yang berlaku ketika isterinya memberi kenyataan kepada wartawan.

“Kami sudah terlalu tertekan dengan apa yang berlaku dan saya rasa tumpuan ketika ini adalah untuk pulih daripada trauma akibat tekanan yang kami hadapi.

“Jadi tindakan saman sivil bukan sebahagian daripada perkara yang kami akan ambil buat sekarang,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret Seremban membebas tanpa melepaskan Cikgu Azizan atau nama sebenarnya, Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman, membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Azizan, yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun.

Tindakan itu menyebabkan beliau dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Seremban.

Sumber : Malaysiakini

The post Cikgu Azizan Bebas. Ni Tindakan Bakal Diambil Mak Budak Yang MENGEJUTKAN Ramai appeared first on SAYALUVISLAM.

Sumber : sayaluvislam.com