Isu Baitulmaqdis Reda. Ini Arahan Trump Kepada Zionis Buat Ramai Islam Palestin SENTAP. Allahu.

oleh

Isu Baitulmaqdis Reda. Ini Arahan Trump Kepada Zionis Buat Ramai Islam Palestin SENTAP. Allahu. | Saya Luv Islam – Seminggu dua ni isu Baitulmaqdis suram dan umat Islam pun kembali kehidupan “normal” mereka. Terkini, AS beri arahan kepada Zionis buat umat Islam Palestin terus tersentap.. Allahu.

Loading...

AMERIKA BERI LAMPU HIJAU

Palestin mengecam dan mengkritik kerajaan Amerika Syarikat (AS) kerana menjadi dalang dengan memberi lampu hijau kepada rejim pengganas Israel untuk melakukan apa sahaja di bumi Palestin.

Menteri Luar Palestin, Riyad Maliki berkata, pencerobohan bumi Palestin, khususnya ke atas tanah milik rakyat Palestin sewenang-wenangnya oleh rejim Zionis, dilakukan dengan restu Presiden US, Donald Trump.

1000+ UNIT KEDIAMAN BARU UNTUK RAKYAT ISRAEL

Mengulas keputusan rejim pengganas Israel untuk membina 1,000 unit kediaman baharu Yahudi di tanah yang diceroboh di Tebing Barat, beliau berkata, tindakan itu berikutan keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim berkenaan.

Bercakap di Radio Suara Palestin, Riyad Maliki berkata, Tel Aviv mengumumkan rancangannya membina 1,285 unit kediaman baharu di Tebing Barat.

Katanya, keputusan rejim itu juga adalah hasil daripada kegagalan komuniti antarabangsa untuk menghalang rejim Zionis daripada berbuat sesuka hati di bumi Palestin, terutama membina penempatan baharu di tanah rakyat Palestin yang dirampas.

DUNIA TAKUT DENGAN UGUTAN TRUMP SEBELUM NI

Beliau dipetik sebagai berkata, komuniti antarabangsa takut untuk menetapkan pendirian berhubung pembinaan penempatan haram itu, yang melanggar undang-undang antarabangsa, berikutan ugutan dibuat oleh pentadbiran Trump baru-baru ini.

“Kepemimpinan Palestin sudah tidak boleh bergantung kepada sesiapa lagi. Sebaliknya akan terus berjuang melawan tindak-tanduk Israel yang berterusan menerusi politik, diplomatik dan undang-undang,” katanya.

Sumber: Ismaweb

Di suatu sudut dunia Islam yang lain pula….

CADANGAN ARAB SAUDI JADI PENJAGA MASJID AL AQSA PENGHINAAN KEPADA JORDAN

Cadangan seorang ahli Parlimen rejim pengganas Israel supaya Arab Saudi menjadi penjaga Tanah Suci Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa mencabar dan dianggap satu serangan serta penghinaan ke atas Raja Jordan dan rakyat negara itu.

Ini kerana, sejak berdekad lalu, Jordan adalah penjaga sah Baitulmaqdis, terutama masjid suci ketiga Islam, Masjid Al-Aqsa, kata jurucakap kerajaan Jordan.

WADI ARABA 1994

“Jordan adalah penjaga Al-Aqsa. Peranan yang diiktiraf menerusi dua perjanjian damai, terutama perjanjian Wadi Araba yang ditandatangani antara Raja Jordan ketika itu, Raja Hussein dan Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin pada 1994.

“Oleh itu, Raja Abdullah sekarang adalah penjaga Masjidil Aqsa dan Tanah Suci Baitulmaqdis bagi pihak umat Islam dan penganut Kristian,” katanya.

Apabila Raja Hussein mengumumkan Jordan melepaskan Tebing Barat pada 1988, beliau mengiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai wakil tunggal rakyat Palestin, tetapi menegaskan bahawa Jordan akan menjadi penjaga kepada Masjid Al-Aqsa.

Bahkan, lebih separuh rakyat Jordan adalah pelarian Palestin, dan majoriti penduduk Amman sama ada pelarian Palestin atau warga Palestin yang memiliki kerakyatan Jordan.

Oleh kerana itu, Jordan menjadi antara 128 negara yang mengundi menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim pengganas Israel, pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bulan lalu.

TEKAD UNTUK “JAGA” MASJID AL AQSA

Dalam usaha mengekalkan kedudukan Raja Abdullah sebagai penjaga Tanah Suci Bautulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa dan menentang tindakan Trump, Perdana Menteri Jordan, Hani Al-Mulki serta Ahli Parlimen negara itu memakai lencana gambar Raja Abdullah dan tertulis ‘Penjaga kiblat pertama dan masjid suci ketiga’.

Semalam, Ahli Parlimen rejim pengganas Israel, Isaac Herzog mencadangkan Arab Saudi memainkan peranan lebih besar berhubung isu Baitulmaqdis dan menjadi penjaga Tanah Suci itu.

Sumber: Ismaweb

The post Isu Baitulmaqdis Reda. Ini Arahan Trump Kepada Zionis Buat Ramai Islam Palestin SENTAP. Allahu. appeared first on SAYALUVISLAM.

Sumber : sayaluvislam.com