Datuk Farid Kamil Ditahan Disyaki Bawah Pengaruh Dadah

oleh

Loading...

Berita yang kami baru terima sebentar tadi, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan polis kerana dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Berada Bawah Pengaruh Dadah 

Menurut sumber yang boleh dipercayai,  kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.20 petang tadi, Farid yang baru sahaja menerima penganugerahan Datuk baru – baru ini dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara. Malah lebih mengejutkan pelakon yang berusia 36 tahun ini disyaki berada di bawah pengaruh dadah.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,”

 

Netizen Pertikaikan Gelaran Datuk

Sebaik sahaja mengetahui akan kes ini, rata-rata netizen mengutuk tindakan Farid yang dianggap kurang ajar dan tidak menunjukkan keperibadian seorang yang bergelar Datuk.

Walaupun isu ini baru sahaja disahkan, namun orang ramai tidak sepatutnya membuat spekulasi terlalu cepat mengenai kes ini. Semuanya masih dalam siasatan pihak polis. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din telah mengesahkan kejadian tersebut dan kini berada dalam siasatan. Bagi kami ini adalah satu berita yang mengejutkan dan sudah pasti semua peminat dan media tempatan ingin mengetahui apakah punca sebenar yang terjadi. Sama – sama kita nantikan.

 

window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘662597717268219’,
autoLogAppEvents : true,
xfbml : true,
version : ‘v2.9’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};

(function(d, s, id){
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) {return;}
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/ms_MY/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

The post Datuk Farid Kamil Ditahan Disyaki Bawah Pengaruh Dadah appeared first on InfoJe.Com – Laman Informasi Anda!.

Sumber : infoje.com