Video : Mat motor selamber ramas payudara wanita ketika berjalan kaki

oleh

Mat motor selamber ramas payudara wanita ketika berjalan kaki
Mat motor selamber ramas payudara wanita ketika berjalan kaki

Video : Mat motor selamber ramas payudara wanita ketika berjalan kaki | JAKARTA – Amat malang nasib seorang pejalan kaki wanita di Bandar Depok, Jawa Barat, apabila buah dadanya diraba secara tiba-tiba oleh seorang penunggang motosikal, Khamis lalu.

Loading...

Insiden mengejutkan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 2.29 petang di Jalan Kuningan Datuk, Lorong sempit di jalan utama bandaraya jalan Margonda Raya.
Advertisement

Lapor Tribunnews, mangsa berusia 22 tahun itu mendakwa dia pada mulanya menyangka suspek cuba meragut telefon bimbitnya ketika dia sedang berjalan menuju ke sebuah bank.

Namun sebaliknya berlaku apabila suspek lelaki terbabit bertindak meramas penuh buah dada kanannya ‘seketika’ sebelum memecut pergi.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa kemudian cepat-cepat mengambil gambar motosikal suspek dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Ekoran itu, mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan mengharapkan rakaman CCTV insiden itu dapat disebarkan agar suspek segera ditangkap.

Telah terjadi pelecahan seksual Kamis 11 Januari 2018 pukul 14.29 di Jalan Kuningan Datuk Margonda Depok (Belakang bank Mandiri Margonda) saya Amanda mengalami pelecehan seksual tersebut. Berikut rekaman CCTV kendaraan pelaku. Saya sudah lapor polisi. Saya mohon bantuannya untuk viralkan dan bantu cari bila perlu. Karena jujur ini Sangat meresahkan. Mohon bantuannya. #stoppelecehanseksual #pelecehanseksual #kotadepok #depokcity #depokhits #depok #margonda #exploredepok

A post shared by Info Depok (@infodepok_id) on Jan 11, 2018 at 3:26pm PST

Polis Kota Depok berkata mangsa telah memaklumkan nombor pendaftaran motosikal suspek dan siasatan telah dijalankan.

“Kami akan mengumpulkan bukti untuk memburu pelakunya,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Depok Putu Kholis Aryana, seperti yang dipetik oleh Kompas.

Sementara itu, seorang penulis di laman saman sesawang Coconuts turut mendakwa mengalami gangguan seksual sebanyak 13 kali ketika menjalankan uji kaji sosial yang dilakukan dari rumahnya ke pusat membeli-belah yang tidak berapa jauh di bandar Jakarta.

Kajian sosialnya itu mendedahkan bahawa golongan wanita sering berdepan risiko setiap kali keluar ke tempat awam, tidak kira cara penampilan biarpun tidak berpakaian seksi. -MYNEWSHUB.CC

The post Video : Mat motor selamber ramas payudara wanita ketika berjalan kaki appeared first on InfoJe.Com – Laman Informasi Anda!.

Sumber : infoje.com