Di Sebalik “GILA2” Dato Aliff. Ada “SESUATU” Yang Ingin Disembunyikan Dari Orang Ramai

oleh

Di Sebalik “GILA2” Dato Aliff. Ada “SESUATU” Yang Ingin Disembunyikan Dari Orang Ramai | Saya Luv Islam – Siapa tak kenal Dato Aliff kan, antara jutawan produk kecantikan yang paling popular di Malaysia. Masak di toilet, selipar jenama LV dan banyak lagi “gila2” yang dibuatnya. Rupanya ada “sesuatu” yang ingin disembunyikan. Jom baca. Tulisan FB Fdaus Ahmad

Loading...

PERBUATAN DATO KEBANYAKKAN SEOLAH MEMINTA MAKIAN RAKYAT?

Malam ni aku rasa rajin sikit nak menulis.

Aku nak tulis pasal pemerhatian pasal DAS (Dato Aliff Syukri)

Umum tahu bertapa menggeletiknya DAS dalam video video ig/fb dia.

Semua benda dia tunjuk mostly nampak bangang dan minta makian rakyat jelata. Seems normal kan?

Tapi kau perasan tak, benda tu dia buat berulang kali dan look on purpose?

Yes. Orang pun jadi menyampah, competitor buat produk pun geli nak berkawan baik, dan kita dok laung “Kaya saja tapi bangang!”.

Ok aku akan ceritakan teori konspirasi yang aku buat untuk DAS ni.

Kalau hangpa perasan, semua benda dia buat adalah kelihatan merepek (masak di toilet, ambil gambar selipar nak tunjuk LV, kira duit, makan bersila di airport, last but not least bikin lagu dengan Sajat dan pegang rekod dislike paling tinggi di Malaysia).

Jadi di sini, kita semua seolah olah ditayangkan dengan kehidupan personal yang weird dan somehow menjengkelkan.

MOTIF UTAMA ?

Motif?

Itu namanya deception.

Ingat apa aku bgtau tadi, dia buat on purpose.

Sebab bila dah jadi macam tu, semua orang tak berminat nak ambil tahu hal DAS ni. Dia jadi bahan joke dan bahan kutuk.

Ingat key aku bgtau tadi,

“Orang jadi tak berminat dengan DAS”.

TAK RAMAI NAK TAU RAHSIA KEKAYAAN DATO?

Next question is, macam mana dia boleh jadi kaya raya dan berjaya?

Apa dia buat?
Apa strategi perniagaan dia?
Apa tektik dan teknik dia pakai?
Macam mana dia buat pricing strategy?
Macam mana dia buat komisyen structure?
Mana mana dia deal dengan ejen, stokis, kedai, kiosk?
Macam mana dia susun untuk expand bisnes dominasi dia?

Ada siapa pernah tanya atau tengok dia tayang semua persoalan di atas ni dalam video dia?

Tak ada kan?

Sebabnya mudah.

Itu lah teknik DAS mengekalkan dominasi perniagaan produk di Malaysia (dan luar negara?) dengan membiarkan masyarakat, terutamanya para pesaing perniagaan beliau untuk terus terpedaya dengan video video dan gimik sampai mereka sendiri lupa yang DAS ni lah sebenarnya orang yang mereka kena jumpa mengadap tuntut ilmu, lutut berlaga lutut tadah ilmu macam mana nak grow dan majukan perniagaan.

Tapi, bila orang dah tak ada minat nak see him as a serious person, orang akan tend to ignore him. Lantak kau lah!

RAHSIA YANG DISIMPAN LAMA

Make sense?

Ya tuan puan. Di sinilah point kemenangan DAS.

Ingat tak hal strategi perniagaan apa segala yang aku tanyakan di atas tadi?
Tak ada siapa nak ambil kisah, dan ini lah yang DAS perlukan untuk terus menguasai lalu kekal duduk di hadapan dalam perniagaan yang dia dan ribuan yang lain ceburi.

Ingat tuan puan, perniagaan produk ni cyclical. Mudah ditiru, fragile, mudah jem, mudah kena sailang, mudah tergolek dan seribu satu mudah untuk sebuah kegagalan.

DAS?

Dia stay.

Sebab dalam semua hal dia dah pegang beberapa strategi perniagaan yang niche, orang tak tahu apa dia susun, apa dia buat, apa dia rancang, macam mana cara dia execute, sistem apa yang dia bangunkan untuk perniagaan dia.

Orang tak tahu.

Kalau dia betul steady dan nak tunjuk segala perjalanan hidup,
Buat lah video;

STRATEGY BISNES? TAK PERNAH TUNJUK PUN KAT LAMAN SOSIAL

Tunjukkan apa strategy board dia.
Tunjukkan cara dia hendel meeting dengan pasukan business dia.
Tunjukkan cara dia buat product pricing.
Tunjukkan cara dia susun reward dan komisyen.
Tunjukkan macam mana dia negotiate dan berurusan dengan suppliers/dealers.
Tunjukkan macam mana dia track performance business dia.

DAS tak pernah tunjuk semua ni.

Sebab dia cerdik tuan puan. Dia tahu game meniaga produk ni game tiru. Jadi dia mesti simpan beberapa benda penting supaya orang terlepas pandang, lagi penting orang pun tak minat nak ambil tahu, apatah lagi nak tiru.

Rahsia besar yang ada, cuma dikongsi bertiga.

DAS, Dato Vida dan holy grail Sajat.

3 orang ni tunjuk kat semua rakyat Malaysia kelaku pelik dan merepek mereka hampir setip hari, demi sebuah cita cita, nak lindungi kepentingan empayar perniagaan yang bernilai ratusan juta ringgit!

So kau orang tag lah dan minta DAS buat video dedahkan semua yang di atas tu. Tengok dia bangang ke tak nak tunjuk macam kau orang selalu kutuk tu.

Kalau dia betul betul buat, kau ikut lepas tu kau jadi kaya, jangan lupa ucap terima kasih kat aku.

Akhir sekali aku nak cakap;

“Dato Alif Syukri, kau boleh tunjukkan kelakar kau pada semua orang, tapi kau tak boleh nak sorok kebijaksanaan kau dari aku.”

Sumber: Saya Luv Islam via FB Fdaus Ahmad

The post Di Sebalik “GILA2” Dato Aliff. Ada “SESUATU” Yang Ingin Disembunyikan Dari Orang Ramai appeared first on SAYALUVISLAM.

Sumber : sayaluvislam.com