Rakan Dedah Luahan SEDIH Sebelum Mangsa MAUT Didera Ayah. Allahu.

oleh

Rakan Dedah Luahan SEDIH Sebelum Mangsa MAUT Didera Ayah. Allahu. | Saya Luv Islam – Rakan kepada murid 9 tahun, Aina Nabihah, ada memberitahu wartawan, sebelum arwah meninggal dunia akibat didera, dia ada bagitau “sesuatu”. Allahu sedih. Al Fatihah =(

Loading...

FIRASAT AKAN MATI DIBUNUH

“LAMA-lama nanti aku mati kena bunuh,” itu antara luahan Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, kepada rakannya.

Aina Nabihah adalah kanak-kanak yang maut dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya di rumah keluarganya di Taman Vista Jaya, Lukut, malam tadi.

Seorang jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga rakan mangsa, mendedahkan kanak-kanak itu kerap mengadu didera bapanya sebelum ini.

MANGSA PERNAH DIBALING KERUSI

“Dia beritahu anak saya, selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), 12.30 tengah malam.

HASIL BEDAH SIASAT HOSPITAL

Bedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk, dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Sementara itu, seorang jiran lain, mendakwa kanak-kanak itu beberapa kali dilihat lebam pada muka, terutama pada bahagian mata.

“Mangsa agak pendiam dan jarang keluar rumah tetapi semua orang di sini tahu dia adalah kanak-kanak yang baik. Apabila saya bertanya mengenai kecederaan sebelum ini, dia memberi alasan terjatuh daripada basikal.

BAPANYA TU BAIK DENGAN JIRAN. TU SEBABNYA MEREKA…..

“Kami juga kerap mendengar suara bapanya marah-marah di dalam rumah itu dan disusuli bunyi seperti pukulan. Bapanya memang garang, tetapi mempunyai hubungan baik dengan jiran dan pernah memberitahu tidak sentuh anak-anak ketika marah,” katanya.

Jiran berkenaan turut berkata, tidak pernah mendengar kanak-kanak itu bercerita perkara buruk mengenai bapanya yang juga seorang anggota tentera berpangkat sarjan.

Ditanya mengenai kejadian malam tadi, dia berkata, mereka tidak menyedari bunyi mencurigakan, namun mengakui mendengar suara bapanya marah dengan kuat dari dalam rumah itu pada tengah hari, Ahad lalu.

RESPONS NETIZEN

1. Aku xphm jiran yg xalert dgn kes2 cmni..ehh klu jiran beli perabot bsr2..pndai plk korang jeling..

2. Ayahnya iblis ibu tirinya syaiton..perangai mengalahkan jin aprit..moga kau mati penuh dosa yg menghantui smpai akhir hayat ye..hanya Allah yg layak mengampunkan kau

3. Punca kematian adalah kerana manusia sekeliling yg dah tak normal…ibu dah tau tahun lepas anak kena dera…tak berusaha utk pertahankan anak..dia mesti lebih kenal sifat bekas laki dia….jiran2 dah nampak lebam..tauu aduan anak ni bakal kn bunuh pun buat tak kisah…hakim mangkuk ayun tu pulak dah beribu2 kes kanak2 di Malaysia ni mati di dera masih boleh terima alasan yg ayahnya nk mendidik….sebenarnya institusi kekeluargaan hari ini bukan setakat tak normal tapi mmg dah tahap tak waras…mmg sedih nasib ko nak…

4. Bg hukuman yg setimpal…bkan setakat mendera hingga membunuh anak kndg sdri..sptut ye dilindungi bkn di dera…aku harap sgt bapak dia pun di hukum mati…

5. Jan.. Ko nak tunjuk power pun agak2 laaa.. Tak bole beza garang di tempat keje ngan ank ke? Kalau xnak jaga ank tu, patut serah kat ibu dia dari awl… Ni ko sepak terajang bdk yg x berdosa & x berdaya nak lawan tu kenapa? Kalau gian sgt nak bertumbuk, cari regu yg sama… Phuuuiii!!! Bacul!!!

6. Dah tau bdk tu kena dera report le polis.Bdk perempuan 9 thn nakal sgt ke? Apa masalah bapanya.Tak nak jg janganlah jg.Kesian hidup bdk tu..Semoga dapat balasan setimpal ayah dia tu.

7. ak doa ko kene pukul rmi2 dlm balai..bru ko taw besar kecik dunia ni..jahil sgt xde hati makan makanan ape kau ni smpi hati ko cederakan budak..budak xreti melawan bolehla ko buat..sedih giler..org2 nk lepaskn diri sendiri senangla ckp..usus koyak sakit giler..tulang rusuk patah..dah bape lame patah..Allah..buta kalian suma..buta..jatuh basikal same ke mcm kene tumbuk kat muka..syurga tempatmu nak..balikla pada Allah dan bermainlah didalam syurga..dunia terlalu kejam padamu

Sumber: Saya Luv Islam via Harian Metro

The post Rakan Dedah Luahan SEDIH Sebelum Mangsa MAUT Didera Ayah. Allahu. appeared first on SAYALUVISLAM.

Sumber : sayaluvislam.com